Tuesday 24 April 2012

Tips: Beli Emas secara ansuran (EPP) atau Ar-Rahnu

Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi kaedah yang boleh digunakan untuk membeli emas. Selama ini anda mungkin sudah mengenali kaedah manipulasi dan menggandakan emas dengan menggunakan ar rahnu iaitu beli emas > pajak >dapat duit>beli emas lagi. Saya tidak menggalakkan pajakan berulang atau dalam kata lain ‘rempit’ kerana jika tersalah langkah anda akan menanggung kerugian. Instead of making asset you get liability.
Perancangan sangat penting bagi mengelak kerugian
Teknik rempit memerlukan kepakaran dan banyak skill namun saya sendiri kurang berminat untuk melakukannya. Saya lebih suka pajak sekali dan hasilnya saya ‘generate’ untuk menjana keuntungan. Dari segi control & penguasaan, emas di dalam pegangan saya adalah 100% dalam penguasaan saya maksudnya bila nak jual terpulang kepada saya bila nak jual & tidak melibatkan proses yang rumit.
Bagi emas dalam pajakan katakan saya nak release emas perlu settle pembayaran jumlah bayaran pinjaman + upah simpan atau saya perlu mencari buyer/pembeli untuk tebus emas di dalam ar-rahnu tersebut. Selain itu term and condition adalah bergantung kepada pihak bank – turun atau naik nilai marhun, tempoh tebus balik dan pelbagai lagi out of our own control. Terma dan syarat berubah bukan kita yang control.
Buat pengetahuan pembaca, hanya syarikat Public Gold menawarkan pembelian emas secara ansuran yang dinamakan EPP.
EPP ialah Easy Payment Plan di mana kita boleh membeli produk PG dengan membayar ansur-ansur selama 4 bulan. Caranya ialah:
  1. Anda tempah dengan dealer beritahu bayar emas secara EPP
  2. Dealer akan order dengan Public Gold
  3. Buat bayaran pertama sebanyak 25% dari harga total selepas mendapat sales order dari Public Gold
  4. Bayar ansur-ansur selama 4 bulan
  5. Habis buat bayaran anda akan mendapat produk.
Bolehkah membeli emas secara ansuran. Apakah hukumnya? Sila baca petikan berikut daripada http://www.dirham2dinar.com/ :
“Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulama moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.
Bagi yang memahami asal usul wang kertas, tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum– hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulama–ulama terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.
Wang kertas bukan emas, jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.”
Beli emas guna teknik Ar Rahnu
  • Pajak emas yang dibeli>dapat hasil pinjaman ar rahnu > beli emas lagi
  • Emas anda berada di ar rahnu - anda harus tebus @ cari buyer untuk menebus emas tersebut.
  • Perlu membayar upah simpan lebih kurang 1% sebulan – Jika nak tebus selepas 6 bulan kena bayar = 1% x 6ulan
  • Risiko dihadapi ialah jika tidak mempunyai plan/tidak mengikut apa yang dirancang anda tidak dapat menebus emas. upah simpan meningkat dan jika tidak dapat ditebus emas mungkin dilelong
  • Perlu dilakukan mengikut kemampuan. Jangan pajak dalam jumlah yang besar jika tidak mampu.
  • Ada individu menjadi dealer dengan menggunakan sistem 30/70 -hukumnya adalah haram kerana emas tidak sempurna milik
Beli emas guna EPP
  • Tempah harga semasa yang dikehendaki
  • Buat bayaran pertama minima 25% dari harga total beserta caj admin fee 0.5% (bertujuan untuk allocate emas anda dari stok emas yang sedia ada).
  • Bayaran seterusnya pada bulan yang berikutnya sehinggalah cukup 4 bulan.
  • Habis buat bayaran selama 4 bulan baru anda akan mendapat produk. Jika settle payment awal – boleh collect stock cepat.
  • Turun atau naik harga emas tidak mempengaruhi harga yang anda lock.
  • Jika tak dapat habiskan bayaran/hendak batalkan pembelian anda akan dikenakan caj penalti.
  • EPP juga boleh digunakan untuk menjadi dealer. Biasanya dealer yang guna cara ini kerana menunggu duit loan atau hasil pendapatan lain. Ada juga yang melakukannya kerana tidak mahu terlepas harga emas yang ‘cantik’. Malah ada juga dealer dari jauh seperti Miri, Bintulu prefer settle payment semasa mengambil stok di branch berdekatan.
Contoh membuat pembelian produk menggunakan EPP
Harga emas biasanya akan naik untuk jangka masa panjang. Biasanya dalam tempoh 4 bulan anda sudah nampak kenaikan harga emas. Bagi penyimpan emas jangka masa panjang, anda sudah pasti tidak risau dengan penurunan sementara harga emas. Ini kerana matlamat kita ialah menyimpan emas atau aset untuk tempoh yang lama agar lebih menguntungkan.
Faktor Spread Harga @ Susut Nilai
Ini adalah salah satu faktor yang seringkali terlepas pandang. Buat pengetahuan semua susut nilai produk gold bar PG adalah sekitar 4.5% – 6.8% sahaja. Katakan emas tadi anda terpaksa jual dalam masa terdekat, tidak lah mengalami kesukaran sangat kerana susut nilai nya kecil.
Produk Public Gold senang dijual balik kerana Guaranteed Buy Back at PG BUY price melalui dealer Public Gold atau branch berdekatan. Kalau produk lain belum tentu ada buyer.
Anda masuk dalam situasi barang kemas yang dipajak dan dipajak. Katakan anda memerlukan duit dengan segera. Susut nilai yang ditawarkan biasanya melebihi 10%. Kalau ditambah dengan upah simpan 1% setiap bulan, maka di sini baru anda nampak consequence rugi atau tidak. Lebih perit jika harga emas tersebut rendah daripada harga yang kita beli + tiada buyer barangan kemas.
Semua produk Public Gold boleh dibeli secara EPP
  • Gold bar 10g, 20g,50g,100g dan 250g
  • Dinar  (1 , 5 dan 10 dinar )
  • Silver bar 100g, 250g, 500g dan 1kg
  • Barang kemas Public Jewellery
Kesimpulannya:
Kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Dengan ar-rahnu, anda mendapat emas dahulu, bayar pinjaman kemudian. Kaedah EPP pula, bayar sampai habis dan anda akan dapat produk selepas itu masih dengan harga 4 bulan lepas. Terpulang kepada keperluan masing-masing, walau apa pun membeli dengan tunai itu lebih baik. EPP dan Ar rahnu sekadar memberi pilihan kepada individu.

No comments:

Post a Comment