Monday 30 April 2012

Teknik rempit emas..

salam kengkawan

POST pertama Tahun 2011

aku sajer nak open post ini, apa yang sebenarnya mereka gelar Teknik rempit emas...
mybe ada yang tahu dan ramai jugak yang asyik tanya aku..walhal aku pun baru pasal emas nie...
tp aku nak berkongsi pengetahuan pasal teknik rempit emas nie dan bagaimana ianya dilaksanakan.

klu ko nak tahu Teknik rempit nie camnie...
feeling mau ada klu baca post aku nie..klu tak ada feeling baca lain kali jer...

MEREMPIT EMAS

istilah merempit nie aku pun tak pasti siapa yang bagi..tp dalam bloger ramai gelar camtu kita follow bahasa bloger jer senang..

harga emas (andaikan bg senang kira)
20g = 3k
1 dinar = RM 650

andaikan ko ada duit cash RM 30,000

STEP 1 (Beli)

so ko gunakan kesemua duit ko 30k tu beli emas
so ko akan dapat
20g x 10 keping = RM 30,000

( klu ko nak beli campur2 pun boleh jadikan nilai sampai 30k) atas tu contoh sahaja..jgn ikut...

samb....

STEP 2 (Pajak)

so dengan 10 keping 20g emas tu ko bawaklah gi Ar-Rahnu Agro atau B/Rakyat untuk pajak..
klu di B/Rakyat ada masalah ckit nak pajak emas waffer(gold bar) nie coz bank rakyat masih takut dengan esiden kes Etika Emas dulu...so aku rekmen Ar-Rahnu Agro yang mana boleh dapat pinjaman pajakan sehingga 70% dan tempoh pinjaman sehingga 6 +6 +6 = 18 bulan...manakala kadar Upah serendah 0.60 sen hingga 0.70 sen..

so bila ko dah pajak 10 keping tu ko akan dapat pinjaman sejumlah
RM 30,000 x 70% = RM 21,000

STEP 3 (Beli)

apabila ko dah dapat wang pajakan 21k tu ko beli lagi emas...kali ini ko beli lagi

7 keping 20g
7 x 3,000 = RM 21,000

so, kat cnie kita baca dulu kelebihan (keburukan lain topic) iaitu dengan modal 30k kita sudah ada 17 keping 20g ( RM 51,000)..

STEP 4 (Pajak)

so dengan 7 keping tu kita pajak lagi dekat Ar-Rahnu Agro
RM 21,000 x 70% = RM 14,700

STEP 5 (Beli)

so, dengan duit RM 14,700 nie kita beli emas lagi..jap aku kira baper nak beli.......
4 keping 20g
4 x RM 3,000 = RM 12,000
4 keping 1 dinar
4 x RM 650 = RM 2,600

RM 12,000 + RM 2,600 = RM 14,600.....baki RM 100

so, kat cnie kita baca dulu kelebihan (keburukan lain topic) iaitu dengan modal 30k kita sudah ada 21 keping 20g (RM 63,000) dan ada 4 keping 1 dinar (RM 2,600)...dahsyatt!!!!!

STEP 6 (Pajak)

so dengan emas 20g(4 keping) dan 4 keping (1 dinar) ko pajak lagi kat Ar-Rahnu Agro..

RM 14,600 x 70% = RM 10,220

RM 10,220 + RM 100(baki step 4) = RM 10,320

STEP 7 (Beli)

hahahaa..aku pun dah pening kira nie...layan..

dengan modal pinjaman RM 10,320 tadi kita beli emas lagi...
3 x 20g = RM 9,000
2 x 1 dinar = RM 1,300 ......baki (RM 20)

Jumlah RM RM 10,300

so, kat cnie kita baca dulu kelebihan (keburukan lain topic) iaitu dengan modal 30k kita sudah ada 24 keping 20g (RM 72,000) dan ada 6 keping 1 dinar (RM 3,900)...dahsyatt!!!!!dahsyat!!!!

STEP 8 (Pajak)

lagi dan lagi...dengannilai  emas RM 10,300 kita pajak lagi ke Ar-Rahnu Agro
RM 10,300 x 70% = RM 7,210             
                                = RM 7,210 + 20(baki step 7)
                                = RM 7,230

STEP 9 (Beli)


so dengan duit pinjaman RM 7,230 kita beli emas lagi

2 x 20g        = RM 6,000

1 x 1 dinar  = RM    650 ....... baki (RM 580)

                   = RM 6,650

so, kat cnie kita baca dulu kelebihan (keburukan lain topic) iaitu dengan modal 30k kita sudah ada 26 keping 20g (RM 78,000) dan ada 7 keping 1 dinar (RM 4,550)...dahsyatt!!!!!dahsyat!!!!


STEP 10 (Pajak)


so dengan nilai emas 6,650 tu kita pajak lagi emas kita kat Ar-Rahnu Agro bank

RM 6,650 x 70% = RM 4,655

                              = RM 4,655+580(baki step 9)
                              = RM 5,235

STEP 11 (Beli)


so dengan duit pinjaman RM 5,235 kita beli emas lagi

8 x 1 dinar  = RM 5,200 ..........(baki RM 35)


so, kat cnie kita baca dulu kelebihan (keburukan lain topic) iaitu dengan modal 30k kita sudah ada 26 keping 20g (RM 78,000) dan ada 15 keping 1 dinar (RM 9,750)...dahsyatt!!!!!dahsyat!!!!


STEP 12 (Pajak)


ada balance dalam RM 35..malas nak pajak dah..klu ko rasa nak pajak lagi ko buatlah sampai abis licin...heheheh


so setelah ko ulang step di atas ko akan dapat EMAS sejumlah


20g        = 26 keping (RM 78,000)

1 Dinar = 15 keping (RM 9,750)


dengan hanya bermodalkan RM 30,000 ko boleh Max kan jumlah kuantiti emas ko...


so kengkawan yang duk tanya aku apa tu teknik rempit emas..inilah teknik rempit emas...

adakah ianya bagus atau tidak ianya terletak pada kepandaian ko sendiri....

No comments:

Post a Comment