Friday 30 March 2012

Public Gold juga Pajakan dipanggil PSP


Sejak beberapa bulan lalu, penyimpan emas dikejutkan dengan berita Agro Bank tidak lagi menerima pajakan ar-Rahnu untuk gold bar / coin. Ini agak menyukarkan sesetengah penyimpan yang ingin memakai wang jika berlaku sesuatu keperluan mendesak.




Bagaimanapun, baru-baru ini Public Gold telah memperkenalkan sistem yang lebih kurang sama dengan sistem ar-Rahnu Agro Bank. Sistemnya dipanggil Public Safe Program (PSP). Kadar upahnya seperti berikut :-

Upah simpan                    : 0.80 % sebulan
Jumlah wang diperolehi : 65 % daripada nilai semasa emas yang dipajak.

Jika ambil contoh, kita ingin pajakkan 250 gram emas PG. Nilai semasa ialah RM 43,500.

Upah simpan = 0.80% x 43,500 = RM 348 sebulan
Jumlah wang diperolehi = 65% x 43,500 = RM 28,275.

Tempoh pajakan ialah 6 bulan. Bermakna maksimum 6 bulan, emas perlu diambil semula dengan bayaran RM 28,275 + ( RM 348 x 6) = RM 30,363.

Kalau nak compare dengan pinjaman peribadi, seolah-olah kita ambil pinjaman dengan kadar 14.77% setahun.

Maknanya, adalah juga option untuk penyimpan emas Public Gold untuk menggunakan wang secara sementara jika berlaku sesuatu keperluan mendesak tanpa perlu menjual emas simpanan mereka.

Bagaimanapun, nasihat saya, jangan tunggu lama untuk menebus. Dikhuatiri kadar upah simpan makin tinggi dan payah nak tebus kembali. Bila ada duit , terus saja dapatkan kembali emas yang dipajak.

Barang Kemas i-Series Dari Public Gold 22karat @ 916







Public Gold telah pun melancarkan barang kemas yang terbaru, i-Series... Ia adalah rantai emas 916... Terdapat dalam berbagai berat... 5gm, 10gm, 20gm, 50gm & 100gm...
Buat masa ini, hanya terdapat 20gm, 50gm & 100gm...

Kelebihan barang kemas ni, kalau dah sesak2, boleh la pajak di mana2 ar-rahnu...pasti diterima...

Apa tunggu lagi, cepat sambar sebelum harga emas meningkat lebih tinggi...jangan biarkan peluang anda terlepas begitu sahaja...

Kelebihan Menyimpan Emas Fizikal

Saya cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada di dalam pelaburan dan simpanan emas fizikal, secara jujurnya, apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas???  Saya pernah jumpa pelanggan dari Kelang yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Pahang membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal sepak terajang kehidupan, "emas hanya logam"
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, "emas sangat-sangat bernilai"
Kata nenek, "emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)"
Kata orang yang nak kahwin, "kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana"
Kata pakar ekonomi pula, "setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu"
Jadi, anda bebas untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya...maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah:
  1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
  2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
  3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
  4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
  5. Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
  6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
  7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008) 
  8. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
  9. Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
  10. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
  11. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
  12. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
  13. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
  14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
  15. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan
  16. Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
  17. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
  18. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam
  19. Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes
  20. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
  21. Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
  22. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
  23. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
  24. Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
  25. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
  26. Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
  27. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi
  28. Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
  29. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas
  30. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
  31. HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi.. 


Jadi, tu sedikit sebanyak kelebihan emas...bagi sesiapa yang masih xtau kelebihan emas fizikal, ni adalah jawapannya..banyak lagi...bergantung pada individu...

CIMB bakal lancarkan Ar-Rahnu di Malaysia – Pertengahan Tahun

CIMB ISLAMIC BANK RANCANGKAN PERNIAGAAN AR RAHNU DI MALAYSIA,CIMB



Islamic Bank merancang melancarkan perniagaan Ar Rahnu di Malaysia pada separuh kedua tahun ini susulan kejayaan peniagaan yang serupa di Indonesia menerusi CIMB Niaga Syariah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Badlisyah Abdul Ghani. “Kami berjaya dalam perniagaan Ar Rahnu di Indonesia, dan sudah sampai masanya untuk kami menawarkan perniagaan itu di sini. Kami sudah memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia

Public Special Service (PSP) -Kemudahan Tunai 65% Dari Nilai Emas ( Dealear Jer )


Salam semua.....
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai satu perkhidmatan yang disediakan "KHAS" untuk semua "DEALER" public gold.... Iaitu perkhidmatan Public Special Service (PSP)...

Perkhidmatan ini memberikan perkhidmatan simpanan untuk emas anda dan dalam masa yang sama pihak Public Gold akan membayar kepada anda sehingga 65% dari nilai emas yang anda simpan... Senang cerita, konsep die macam pajak gadai ar-rahnu la... Cuma yang boleh guna perkhidmatan ni hanya Dealer Public Gold je... Pelanggan & pengguna biasa tak boleh nak guna perkhidmatan ni....

Upah simpan juga adalah rendah, iaitu RM0.85 untuk setiap RM100 nilai emas anda... Sama macam upah simpan di bank, kan??? Betul tak???

Tempoh perkhidmatan ini hanya selama 6 bulan sahaja...xde nak extend lagi 3 bulan dan 2 bulan...  Jadi, jika selepas 6 bulan masih xnak tebus, sila datang ke branch yang berkenaan dan buat overlapping....so, akan tambah lagi 6 bulan... Simple & straight forward.... Simpan, 6 bulan, kemudian tebus semula atau overlap....

Ini adalah perkhidmatan yang sangat2 istimewa yang ditawarkan oleh pihak Public Gold kepada "semua" dealer2nya.... Tiada lagi syarikat2 lain yang menawarkan perkhidmatan seumpama ini....

Pandangan peribadi saya, syarikat Public Gold sangat menitikberatkan keperluan para pengedarnya... Macam yang anda semua tahu, sekarang ni perkhidmatan Ar-Rahnu dah xboleh guna, jadi, pihak syarikat menyediakan perkhidmatan seperti ini agar dealer mereka masih dapat menjalankan perniagaan seperti biasa...** Xpayah nak pening2 fikir nk tukar gold bar jadi jewelry supaya boleh pegi pajak....**

Cuba anda bayangkan, berapa ramai dealer yang ada di Malaysia yang telah menggunakan perkhidmatan ini, dan berapa banyak jumlah Dana yang telah dikeluarkan untuk menyediakan perkhidmatan ini??? Ini menunjukkan syarikat adalah sangat-sangat stabil dari segi kewangan...

Apa tunggu lagi, mari bersama saya melabur & berniaga bersama Public Gold!!


http://www.pelaburanemas999.com

Wednesday 28 March 2012

Teknik Memiliki 1 Dinar Emas TANPA MEMBEBANKAN atau MENYUSAHKAN


Dinar Emas

Kini sudah ramai orang telah sedar peri pentingnya kita menyimpan kekayaan sebenar dalam bentuk emas. Emas ini kita boleh simpan samaada dalam bentuk jongkong emas public gold dan juga dinar emas public dinar yang mana ke dua - dua boleh and miliki dengan membelinya daripada saya.

Jongkong Emas
Kini saya akan kongsikan dengan pembaca semua bagaimana mudah kita nak miliki 1 dinar. Satu rahsia unggul yang banyak dari kite terlepas pandang, adalah perlunya kita buat PERANCANGAN.a

Apa jua yang kita nak buat..bah kan kehidupan ini pun kita perlu rancang dengan teliti. Kita ada jua terlibat buat perancangan namun hanya pada masa - masa tertentu sahaja..terutama bila kita nak kawin , manakala sebahagian kehidupan kita, banyak yang kita tak buat perancangan.

Oleh itu, banyak yang kita terlepas nak buat atau terlepas untuk kita miliki.

Satu daripada perancangan yang kita semua buat adalah PERANCANGAN KEWANGAN atau BAJET. Kita bukan nak jadi orang yang kedekut, namun jika kita buat perancangan kewangan yang rapi..bukan sekadar emas 1 Dinar yang mampu kita miliki bahkan rumah teres bernilai lebih RM300,000.00 pun mampu kita miliki.

Untuk miliki 1 Dinar Emas tanpa membebankan perbelanjaan kita., kita perlu buat perancangan kewangan atau lebih kurang kita nak tahu kemana duit pendapatan kita dibelanjakan.

Ambil sehelai kertas dan tulis dengan teliti kemana income kita belanjakan. Contohnya katakan gaji adalah RM1500.00.

Lepas tolak belanja itu dan belanja ini, maka ada lebihan duit RM200.00.

Oleh itu cara mudah nak buat beli emas adalah seperti berikut:

1: Katakan esok hari gaji..kita dapat RM1500.00 tunai.

2: Semak harga 1 Dinar terkini pada web ini..katakan RM632.00

3: Kita beli 1 Dinar ini ..dan anda akan dapat 1 Dinar emas.

4: Bawa 1 Dinar ini ke Ar Rahnu (dicadangkan Ar Rahnu Agrobank) dan gadai.

5: Ar Rahnu akan beri kita pinjaman dengan gadaian ini lebih kurang 60% pada nilai emas yang dinilai pada Ar -Rahnu berkenaan. Katakan anda diberi pinjaman RM347.31 dengan upah simpan RM20.84 untuk 6 bulan.

6: Duit yang anda dapat tu boleh diguna untuk bayar keperluan lain anda.

7: Tiap bulan..untuk selama 6 bulan anda hanya perlu bayar (RM374.31 + RM20.84.00)/6 = RM65.84 sebulan untuk selama 6 bulan anda perlu bayar kepada Ar Rahnu berkenaan .
Ini lah cara yang tidak membebankan untuk anda miliki 1 Dinar.

Fikir - fikirkan lah...dan bertindak SEGERA HARI INI JUA..

Untuk dapat 1 Dinar boleh hubungi saya 016 - 88.43.705.

Jangan kita hanya menjadi penonton keatas kemakmuran negara kita..rebut peluang ..meraih kekayaan dan menyimpannya dalam bentuk yang nilainya semakin naik sudah pasti...EMAS.

Cara Mengira SPREAD EMAS


Kira spread harga emas

Sebelum kita boleh mengira harga "spread" emas kita kena tahu lah dulu apa itu spread.
Spread ialah perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas. Harga jualan ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa menjual emas kepada kita. Manakala harga belian ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa membeli semula emas daripada kita. So kalau anda nak beli emas, institusi yang menjual emas dengan spread harga terendah adalah yang terbaik untuk anda.

Walau bagaimanapun ada faktor lain yang mungkin juga mempengaruhi anda untuk memilih institusi yang mana. Antaranya masalah stok emas institusi tersebut, syarat-syarat seperti emas tidak boleh kemek, calar atau bengkok ataupun kemudahan untuk membeli, menambah dan menjual balik emas anda dan faktor-faktor lain lagi.

Jadi berbalik kepada macam mana nak mengira spread harga emas. Kita akan gunakan harga emas yang terdapat di dalam laman web Public Dinar (PD) sebagai sumber untuk menunjukkan cara pengiraan spread.
 


Spread Harga 1 Dinar
We Sell = RM 529.00 --> Harga PD jual dinar emas pada kita
We Buy = RM 497.00 --> Harga PD beli balik dinar emas daripada kita

Harga Spread = Harga "We Sell" - Harga "We Buy"
Spread = RM 529.00 - RM 497.00 = RM 32

Peratus Harga Spread = (Harga Spread / Harga "We Buy") x 100
Peratus Harga Spread = (RM 32 / RM 497) x 100 = 6.43%

Spread Harga 5 Dinar
We Sell = RM 2632.00 --> Harga PD jual dinar emas pada kita
We Buy = RM 2487.00 --> Harga PD beli balik dinar emas daripada kita

Harga Spread = Harga "We Sell" - Harga "We Buy"
Spread = RM 2632.00 - RM 2487.00 = RM 145

Peratus Harga Spread = (Harga Spread / Harga "We Buy") x 100
Peratus Harga Spread = (RM 145 / RM 2487) x 100 = 5.83%

Spread Harga 10 Dinar
We Sell = RM 5240.00 --> Harga PD jual dinar emas pada kita
We Buy = RM 4978.00 --> Harga PD beli balik dinar emas daripada kita

Harga Spread = Harga "We Sell" - Harga "We Buy"
Spread = RM 5240.00 - RM 4978.00 = RM 262

Peratus Harga Spread = (Harga Spread / Harga "We Buy") x 100
Peratus Harga Spread = (RM 262 / RM 4978) x 100 = 5.26%
Jadi kalau nak beli dinar, semakin besar dinar tersebut semakin kecil spreadnya. Maka semakin kecil spread harga semakin tinggi keuntungan anda. Sama juga dengan jongkong emas Public Gold (PG). Semakin berat emas, semakin kecil spread harga. Saya harap catatan ini telah membantu anda bagaimana untuk mengira spread harga emas. PG dan PD adalah antara institusi yang menjual emas dengan spread yang terendah. Jika anda beli barang kemas atau jongkong emas daripada kedai emas biasa spread harga boleh menjangkau antara 15% sehingga 25%. Jadi mana lebih baik.... Anda tentukan.