Wednesday, 18 April 2012

Harga Emas di Malaysia & Dunia


(bahan rujukan diperolehi daripada admin publicgoldsarawak)
Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1Malaysia.

Untuk pengetahuan anda semua antara soalan favourite yang selalu ditanya oleh pembaca ialah mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.
Kenapa harga emas antara satu penjual dengan penjual lain berbeza?
Kenapa harga emas kat dalam TV3 dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Maybank, Public Bank, Public Gold atau kedai emas?
Jadi untuk posting kali ini saya akan berkongsi maklumat dengan anda mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.
Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.
Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.
Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnya.
Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GSPA. Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali.
Bagi harga Public Gold, ia berubah setiap 20 minit so dalam tempoh ini pembeli mempunyai masa untuk ‘lock’ harga dengan dealer Public Gold bagi tujuan pembelian.
Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.

Harga emas bukan harga kawalan.
Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.
Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa
Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold. (spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia untuk belian dan jualan (on the spot).


Selain melihat terus harga spot gold daripada jadual diatas, adalah lebih baik sekiranya anda tahu cara-cara mendapatkan harga ini secara manual.


Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.
Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
  1. Harga emas di dalam USD
  2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.
Mari kita lihat dengan lebih terperinci:
Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.
USD makin lemah, RM semakin kuat.


Gambar: Di dalam USD, harga emas naik banyak

Gambar: Sebab RM kuat, maka harga emas dalam RM naik lebih perlahan.
Kaedah mengira harga emas pasaran dunia (spot gold)


Graf hari ini 27 Februari 2011



Anda dapati harga terkini spot gold pada 27 Februari 2011 23:59 waktu New York adalah USD1,409.60. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).
Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia.


USD to RM pada 27.2.2011

Selepas itu kita boleh buat pengiraan:
Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:
(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram
= (1,409.60 USD x RM3.0520) / 31.1 gram
= RM4,302.10 / 31.1 gram
= RM138.33 / gram

Jadi, harga spot gold emas ialah RM138.33 segram.
(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)
Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya
1. Harga Harian Syiling Kijang Emas
2. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
3. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
5. Harga Dinar Emas Kelantan
6. Harga Emas UOB Bank Gold Products
7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
9. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Investment Account-i

Harga barang kemas di Malaysia.

Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.
(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)


Harga baramg kemas keluaran Public Jewellery yang mengikut harga semasa emasdunia
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Public Jewellery klik link ini, harga terkini boleh diperolehi  -> Public Jewellery.. Barang kemas Termurah di Malaysia!

Kesimpulan:

Saya berharap artikel atau maklumat ini membantu anda mengetahui:
  1. Kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD harga emas naik banyak.
  2. Kenapa harga emas berbeza diantara satu penjual dengan penjual yang lain.
  3. Bagaimana mengira harga emas di pasaran dunia (spot gold)
Sebarkan ilmu emas ini kepada rakan rakan anda sekarang. Mereka akan berterima kasih kepada anda! Jika anda ingin membeli/ emas atau silver bar daripada saya boleh hubungi di talian 016-88.43.705 sekarang! Saya juga membeli emas terpakai/surat pajak gadai Bank (used gold). Sebarang pertanyaan sila kemukakan di ruangan comment. Terima kasih!

Mengapa Perlu Simpan EMAS .... Wang Kertas yang susut nilai...




Mungkin masih ramai tertanya-tanya kenapa kita perlu menyimpan emas?
.. kenapa kita perlu beli emas?
...Kenapa tak simpan aje duit kertas kita dalam ASB? sekurang-kurangnya dapat la juga 8% setahun deviden dan bonus.


Yang sebenarnya kalau kita simpan dalam bentuk wang kertas, nilainya akan susut dimakan oleh inflasi atau kenaikan harga barang...

Contoh:

Case Roti Canai.....(Saya bagi contoh ni sebab saya suka makan roti canai)

...kalau dulu (sekitar tahun 1996) roti canai dikedai mamak kita boleh beli dengan harga 40 sen sahaja....tetapi sekarang 1 keping RM1 ++....

Dulu
........bawa RM1 pergi kedai mamak dah boleh dapat 2 keping roti canai dan ada balance lagi 20 sen.." Mamak! roti canai 2 keping....."
Sekarang
........bawa RM1 hanya boleh beli sekeping roti canai sahaja. " Mamak..roticanai sekeping saje ha!"

Akan Datang
........."Mamak....roti canai separuh"....dengan nilkai RM1....harap takjadi la macamni.

Ini bermakna duit RM1 yang kita pegang dan simpan dari dulu telah susut nilai sebanyak 60% untuk belian roti canai.

Manakala duit Syiling RM1 yang dulu mempunyai nilai, tetapi sekarang nilainya tiada lagi....100% susut


Case Harga Minyak.

Kalau roti canai duit kita telah hilang 60%, minyak lagi teruk....

Dulu.......Pada tahun 2000, harga minyak petrol ialah RM 1.20 satu liter.....
Sekarang.......harga satu liter minyak ialah RM 2.30....

Betapa teruknya nilai duit kertas yang kita pegang.....

Anda bertungkus lumus kerja siang dan malam untuk mencari duit dan juga melabur sana sini adalah hanya untuk mempertahan kan kekayaan yang anda ada sahaja,

Mempertahankan dari dimakan inflasi....(itupun kalau berjaya)
bukanya menambahkannya....



BELI EMAS...SIMPAN EMAS...ANDA UNTUNG

Tetapi jika anda menyimpan dalam emas, nilai kekayaan tetap disimpan dengan baik.

Contoh pada 1400 tahun dahulu (zaman Nabi) seekor kambing dapat dibeli dengan Satu Dinar sahaja....dan sekarang seekor kambing pun dapat di beli dengan 1 Dinar....

1 Dinar = Rm 669 (1st Jan 2011) = 1 ekor kambing.


Emas adalah penyimpan nilai paling stabil di dunia....jadi apa lagi jangan tunggu lama-lama.
Lagi lama anda tunggu lagi banyak duit anda akan susut nilai hasil daripada inflasi.

Dan tahukah anda bahawa inflasi untuk Dinar emas adalah 0%

Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mungkin masih ramai yang belum memahami , apakah kelebihan berniaga emas atau dengan bahasa yang mudah kelebihan menjadi dealer Public Gold.

Cuba anda semua perhatikan kedai emas ditempat anda . Adakah pelanggannya seperti pasar yang mana pelanggannya bersesak-sesak beli emas??? TETAPI mengapa kedai emas tetap tidak tutup walaupun pada padangan kasar kita tiada pelanggan.... JAWAPANNYA ”Itulah rahsia berniaga emas / perniagaan emas”.


Baiklah saya akan cuba huraikan serba sedikit tentang kelebihan menjadi dealer Public Gold :
1.      Jika anda ingin membuka kedai emas mungkin modal jutaan ringgit tapi dengan Public Gold hanya beli satu product Public Gold sahaja mengikut harga semasa.
2.      Tiada yuran keahlian dan boleh dianggap sebagai menyimpan sambil berniaga.
3.      Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas. Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.
4.      Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold menggunakan kaedah online / sms / call/ melalui master dealer.
5.      Gold Bar atau Jongkong Emas Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan beratnya tetap sama.
6.      Agen diberi pamplet oleh syarikat dan saya sendiri serta nama tuan akan dipaparkan di website Public Gold bagi mewakili dealer di kawasan tuan. Setakat hari ini purata pengunjung Public Gold melepasi 1000 orang sehari. Jadi senang nak buat promosi.
7.      Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.5% untuk jualan dan 0.3% untuk belian semula. Maksudnya, kalau anda order stok daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1.5% (daripada nilai jualan). Contoh anda beli emas 50g, berharga RM7,142. So, komisyen anda adalah (RM7,142 x 1.5%).
8.      Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).
9.      Tetapi jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan.
10.  Tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda. Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

Berdasarkan point-point yang saya senaraikan diatas , tiada alasan untuk anda menceburkan diri dalam perniagaan emas. Emas bukan lah produk yang mana perlu dijaja supaya orang membeli, cukuplah dengan berkongsi kepentingan menyimpan emas.

Bila mereka sudah mengetahui kepentingan emas, InsyaAllah mereka akan membelinya. Saya sendiri juga akan sentiasa memberi tunjuk ajar pada anda semua bagi memastikan kita sama-sama berjaya.

EMAS = BELI UNTUNG , JUAL PUN UNTUNG , SIMPAN UNTUNG ... POKOKNYA.... ADA EMAS DITANGAN... MAKA UNTUNGLAH JAWABNYA ...renung-renungkan.... :-)

PEMBELIAN EMAS PUBLIC GOLD KAEDAH EASY PAYMENT.

http://www.publicgoldsabah.com

Public Gold memberi kemudahan pembayaran yang fleksibel kepada pelanggan dan dealer mereka. Di antara kemudahan tersebut adalah EPP ( Easy Payment Purchase) / Program Pembayaran Mudah atau BAYAR ANSURAN TANPA FAEDAH.

Program ini dapat membantu pelanggan atau pembeli memiliki emas atau perak dengan cara bayar dahulu dan miliki emas atau perak, setelah pembayaran selesai dilakukan. Segala pembayaran hendaklah di selesaikan dalam tempoh 4 bulan ( 4 kali bayar) dan setelah selesai bayaran pada bulan ke 4, anda akan memiliki emas atau perak tersebut. Caj Pentadbiran atau "Admin Fee" akan dikenakan sekali sahaja iaitu sebanyak 0.5 % daripada jumlah yang dibeli. Saya akan terangkan serba sedikit disini cara-cara pembelian emas/perak kaedah EPP ini disini.


Langkah 1:
Semak harga semasa emas/perak di website ini atau di laman Public Gold/Public Dinar/Public Jewellery. Harga bagi semua item tersebut juga didapati disebelah kanan laman ini. Anda perlu rujuk pada harga We Sell.



Langkah 2:

Setelah berpuas hati dengan harga yang diingini, anda mempunyai pilihan samada LOCK sendiri atau menghubungi saya samada call @ sms saya di talian 016-88.43.705. Nyatakan yang anda ingin lock melalui kaedah EPP. Selepas itu SMS kepada saya nama penuh anda beserta no kad pengenalan dan juga no telefon anda.

Contoh Sales Order (SO) yang di beri oleh Public Gold kepada pelanggan atau "customer" yang menggunakan kaedah EPP

NEGARA PENYIMPAN EMAS TERBESAR DI DUNIA


Sumber: World Official Gold Holdings (International Financial Statistics, May 2011)

Penyimpan Bullion (Tonnes) % of reserves
United States 8,133.5 74.6%
Germany 3,401.0 70.8%
Italy 2,451.8 69.2%
France 2,435.4 64.9%
China 1,054.1 1.6%
Switzerland 1,040.1 17.1%
Russia 811.1 7.5%
Japan 765.2 3.2%
Netherlands 612.5 57.9%
India 557.7 8.2%
Taiwan 423.6 4.7%
Philippines 153.7 10.9%
Singapore 127.4 2.4%
Thailand 108.9 2.8%
Indonesia 73.1 3.3%
Pakistan 64.4 15.2%
Malaysia 36.4 1.5%

Negara Malaysia merupakan negara yang ke 47 mempunyai simpanan emas terbanyak di dunia.

Negara China telah meningkatkan simpanan emas bagi negara tersebut sebanyak 75% sejak beberapa tahun yang lepas. Walaupun China merupakan negara ke 5 penyimpanan emas terbesar di dunia, namun setiap tahun terdapat peningkatan dalam mengumpul emas bagi negara Asia ini. Kerajaan China sendiri menggalakan rakyatnya memiliki emas sehinggakan kerajaan membuat iklan di televisyen tempatan mereka supaya golongan ini memiliki emas sebagai simpanan; satu langkah yang bijak memandangkan Kerajaan China pada masa dahulu pernah mengehadkan berapa banyak emas yang boleh di miliki oleh rakyatnya.

Negara Singapura mengenakan cukai sebanyak 7% (iaitu GST) bagi pembelian emas di negara mereka.

Sebagai penduduk Malaysia, kita amat beruntung kerana kerajaan belum lagi mengenakan cukai terhadap pembelian atau pelaburan ini. Ambillah peluang ini untuk mengumpul aset anda dalam bentuk emas.
Kesimpulannya, negara-negara yang meningkatkan penyimpanan emas memberi tanda-tanda bahawa kepercayaan negara-negara ini terhadap Dollar Amerika $ @ USD adalah menurun. Penambahan simpanan emas bagi setiap negara seperti China, India dan sebagainya akan mempengaruhi kenaikan harga emas dunia.

(Rujukan http://www.goldprice.org/)

PENGGUNAAN KREDIT CARD


Contoh kad kredit yang terdapat di Malaysia
Hari ini saya lari sikit daripada topik Emas. Namun begitu bagi saya penggunaan kad kredit dalam hidup saya masih lagi diteruskan. Tujuan utama saya menceritakan kad kredit adalah untuk menyedarkan kepada saudara saudari bahawa ramai orang menyalahkan penggunaan kad kredit ini. Namun begitu bagi saya, kad kredit ini banyak membantu dalam hidup saya.

Cuma penggunaan kad kredit ini saya sandarkan kepada pengunaaan Emas atau Overdraft (Overdraft ini perlu satu peringkat yang lebih tinggi).

Rata-rata semua orang mengetahui bahawa kad kredit adalah sebuah kad plastik yang mempunyai cip didalamnya dan membenarkan penama yang memilikinya berbelanja sehingga ke satu tahap tertentu ("credit limit"), NAMUN BEGITU 25% dari jumlah orang yang di isytiharkan bankrap adalah pengguna credit card - Aziz ibrahim CFP.


~~ Bagi saya bukan salah kad tersebut, tapi orang yang menggunakan kad tersebut yang bersalah :-) ~~

SEBAGAI pengguna kad kredit, kita perlu AWARE dengan beberapa perkara penting tentang  kad kredit  iaitu

1) Apa itu STATEMENT DATE?
2) Apa itu DUE DATE?
3) COOLING PERIOD?
4)1.5% interest charge on balance baki selepas "minimum payment"
(minimum payment dikira 5% dari total perbelanjaan)
5) Dikira berdasarkan DAILY REST

Credit card boleh membawa KEUNTUNGAN kepada yang BIJAK menggunakan dan boleh membawa BENCANA kepada yang TIDAK TAHU menggunakannya, :-P.

Ok..jom kita tinjau apa yang dimaksudkan dengan STATEMENT DATE, DUE DATE, COOLING PERIOD.

1) STATEMENT DATE - ialah Tarikh dimana statement perbelanjaan kita yang dihantar oleh pihak bank to us monthly.

2) DUE DATE- Tarikh akhir selepas 20 HARI dari STATEMENT DATE, untuk pihak kita menjelaskan jumlah pembayaran sekurang-kurangnya MINIMUM PAYMENT.

3)COOLING PERIOD- 10 hari selepas DUE DATE ialah COOLING PERIOD. Sekiranya kita menggunakan card credit kita semasa COOLING PERIOD ini, pihak bank akan mengenakan charge on us.

Setiap card credit mempunyai STATEMENT DATE/DUE DATE/COOLING PERIOD yang berbeza2,jadi kita sebagai pengguna card credit perlu memastikan dengan pihak bank yang kita menggunakan card credit mereka bila tarikh2 penting untuk STATEMENT DATE/DUE DATE/COOLING PERIOD. Kebiasaan nya tarikh tue setiap card credit itu adalah tetap setiap bulan dan tidak berubah2.

Sebagai Contoh: CARD CREDIT AFFIN BANK

5hb-25hb ( 20 HARI BEBAS FAEDAH )
Dinasihatkan agar menggunakan card ini dari 6hb hingga 25hb dimana pada 20 hari ini, interest free..iaitu pihak bank tidak akan menggenakan charge ke atas kita.

26hb - 5hb ( 10 HARI-COOLING PERIOD )
10 hari ini dinamakan tempoh COOLING PERIOD atau tempoh bertenang dimana sekiranya kita menggunakan card credit sewaktu 10 hari tempoh bertenang ini, pihak BANK akan mengenakan charge ke atas pihak kita.

* Sekiranya di dalam tempoh 10 hari COOLING PERIOD ITU, kita terdesak atau kecemasan dan perlu menggunakan juga kredit card, bagaimana? :-P. Kita boleh menggunakan kad kredit ini dengan kaedah BEBAS FAEDAH selama 55 hari :-).

Pajak Gadai Konvensional

http://www.publicgoldsabah.com

Hari ini saya akan menceritakan mengenai Pajak Gadai Konvensional. Walaupun AR RAHNU merupakan sistem pajak gadai yang TERBAIK di Malaysia, NAMUN masih ramai yang mengunjungi Pajak Gadai Konvensional. Oleh itu, saya akan berkongsi maklumat serta pengalaman saya mengenai Pajak Gadai Konvensional.



















Bunga atau Interest yang dikenakan adalah sebanyak 2% (yang mana kedai pajak gadai yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan), namun apa yang berlaku pada masa kini adalah kedai-kedai emas menjalankan pajak gadai secara haram. Kedai Emas hanya memerlukan lesen berniaga menjual EMAS, namun mereka juga menjalankan pajak gadai pada tempat yang sama secara haram dan terdapat kes tertentu, mereka mengenakan bunga @ interest sebanyak 3% hingga 10% mengikut jenis dan harga emas tersebut. Jika ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pajak Gadai ( Sila baca Buku Undang Undang Akta 81, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972).




















APAKAH ITU PAJAK GADAI?

Fungsi kedai-kedai pajak gadai ialah memberi pinjaman wang tunai keatas barang gadaian bagi tempoh enam bulan dengan faedah 2% sebulan.

ADAKAH AKTIVITI PAJAK GADAI DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG SAH?
YA! Akta Pajak Gadai 1972 telah diluluskan untuk menyeragamkan undang-undang mengenai pajak gadai di seluruh negara. Sebelum itu terdapat Enakmen-Enakmen yang berbeza-beza mengawal aktiviti pajak gadai di tiap-tiap negeri di Semenanjung Malaysia.

APAKAH BARANG-BARANG YANG BOLEH DIGADAI?

Barang kemas menjadi pilihan utama serta jam tangan berjenama dan juga pen berjenama. Selain daripada itu, barangan berharga yang lain contohnya komputer riba atau telefon bimbit tidak boleh dipajak.

APAKAH TAHAP PINJAMAN MAKSIMUM YANG BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA PAJAK GADAI?

Pinjaman tidak melebihi RM10,000.00 yang dibenarkan oleh Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

ADAKAH TERDAPAT SEKATAN TERHADAP WAKTU PERNIAGAAN DAN SEKATAN TERHADAP PENERIMAAN BARANGAN?

Akta Pajak Gadai 1972 menjelaskan dengan jelas tentang sekatan perniagaan iaitu:

• Tidak boleh menerima apa-apa barang antara pukul 6 petang dengan 8 pagi. Tiada boleh mengadakan urusan perniagaan pada waktu tersebut.
• Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berumur dibawah 18 tahun.
• Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berada dalam keadaan mabuk atau tidak sempurna akal.
• Tidak boleh menyimpan apa-apa barangan yang mempunyai tanda-tanda hakmilik kerajaan ataupun kerajaan negeri.
• Apa-apa barangan disyaki “dicuri daripada pemilik asalnya”


APAKAH CARA UNTUK MENGADAI DI PAJAK GADAI?

Pemajak gadai dikendaki membawa barangan gadaian tersebut untuk mendapatkan pinjaman. Pemegang pajak gadai haruslah mencacatkan butir-butir transaksi pemajakgadaian dalam buku dena mengelurkan surat pajak gadai.

Contohnya ingin meminjam RM150.00 dengan mengadai seutas cincin emas dengan kadar faedah 2% sebulan dalam tempoh 6 bulan. Jumlah yang dipinjam RM150.00 + faedah 2% (2x6bulan = RM18) = RM168.00

BERAPAKAH KADAR FAEDAH YANG AKAN DICAJ?

Menurut Akta Pajak Gadai 1972 faedah yang dibenarkan ialah 2% atau 24% setahun. Jikalau dicaj selebih daripada jumlah tersebut adalah merupakan satu kesalahan.

TEMPOH UNTUK MENEBUS BARANG GADAIAN?

Tempoh gadaian ialah selama enam bulan, tetapi gadaian juga boleh ditebus pada bila-bila masa. Sekiranya tidak dapat menebus gadaian sebelum tamat tempoh pemajak gadai boleh memberitahu kepada pemegang pajak gadai untuk melanjutkan tempoh masa tidak kurang daripada tiga bulan. Setiap butir lanjutan hendaklah dibuat dalam buku pemegang pajak gadai juga dalam surat pajak gadai.

SEKIRANYA TEMPOH GADAIAN TELAH TAMAT, ADAKAH BARANG GADAIAN MENJADI HAKMILIK PEMEGANG PAJAK GADAI?

Sekiranya pemajak gadai gagal menebus sebelum tamat tempoh, barangan gadaian boleh dilupuskan. Pinjaman yang kurang daripada RM200.00 akan menjadi milik pemegang pajak gadai secara automatik. Jikalau pinjamanya melebihi RM200, ia hanya boleh dilupuskan melalui lelongan awam oleh pelelong berlesen. Pemegang pajak gadai juga boleh membuat tawaran untuk membeli barang gadaian tersebut.

APAKAH PERLINDUNGAN AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972 SEKIRANYA GAGAL MENEBUS GADAIAN SEBELUM TAMAT TEMPOH?

Wang lebihan adalah hak mutlak pemajak gadai. Pemegang pajak gadai dikehendaki memberitahu pemajak gadai mengenai jualan itu melalui surat berdaftar dalam tempoh tujuh hari dari had lelongan dan menghantar penyata menunjukan lebihan berkenan.

Jika pemajak gadai tidak menuntut lebihan berkenan dalam tempoh empat bulan, pemegang pajak gadai berkenan dikehendaki membayar wang lebihan tersebut kepada Akauntan Negara (Kerajaan) dalam masa 14 hari. Pemajak gadai masih boleh menuntut lebihan itu daripada Perbendaharaan.

ADAKAH PEMAJAK GADAI MEMPUNYAI HAK UNTUK MEMERIKSA BUKU JUALAN?

Dalam tempoh empat bulan selepas pelelongan,pemegang pajak gadai hendaklah membernarkan pemegang surat pajak gadai itu memeriksa catatan mengenai jualan itu dalam buku pemegang pajak gadai.

SEKIRANYA RESIT PAJAK GADAI HILANG ATAU BINASA, APAKAH HAK PEMAJAK GADAI?
Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 memperuntukan salinan surat pajak gadai diberikan secara percuma dengan tidak berlengah. Walaubagaimanapun, perkara yang biasa yang dipraktikan oleh pemegang pajak gadai ialah meminta pemajak gadai untuk membuat laporan polis dan seterusnya mendapatkan surat sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah.

ADAKAH BARANGAN GADAIAN DIBERIKAN PERLINDUNGAN OLEH PEMEGANG PAJAK GADAI?

Pemegang Pajak Gadai mempunyai tanggungjawab untuk menjaga barang-barang gadaian itu dengan cermat dan bersungguh-sungguh sebagaimana menjaga harta bendanya. Pmegang Pajak Gadai hendaklah bertanggungjawab bagi kehilangan atau kerosakan barang gadaian Jikalau berlaku romapakan, kebakaran atau malapetaka ke atas kedai pajak gadai sehingga menyebabkan barang gadaian hilang atau rosak. Nilai gadaian itu hendaklah bagi maksud pampasan kepada pemajak gadai itu dikira sebagai satu perempat lebih daripada jumlah pinjaman.

Pemegang Pajak Gadai hanya perlu membayar jumlah pimjaman + 25% lagi kepada pemajak gadai sebagai pampasan. Nilai pampasan tersebut adalah tidak memadai dan juga tidak adil tetapi inilah di peruntukan dalam Akta Pajak Gadai 1972

APAKAH KELEMAHAN PAJAK GADAI?

1.    Kadar faedah tinggi iaitu 2% sebulan atau 24% setahun, jauh melebihi kadar pasaran
2.    Barang kemas yang digadai, samada cincin, gelang atau rantai biasanya tidak ditimbang atau diukur. Banyak aduan diterima di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) dimana barang kemas yang digadai itu lebih ringgan atau pendek apabila ditebus. Terdapat aduan yang peniaga pajak gadai sudah kikis sedikit emas daripada barang itu.
o    Cadangan: Oleh kerana itu, pemajak seharusnya meminta pemegang pajak untuk            merekodkan barangan yang digadai contohnya sebentuk cincin, seutas rantai dan yang paling penting menimbang berat dan mengukur panjang rantai emas tersebut dan meminta butir-butir tersebut dituliskan diatas resit sebelum memberikan barangan tersebut.
3.    Andai peminjam gagal menebus dalam tempoh yang ditetapkan, pemegang pajak gadai boleh memiliki nilai gadaian yang kurang daripada RM200, tanpa melantik pelelong berlesen. Akta Pajak Gadai 1972 juga tidak memperuntukan barang gadaian dipamerkan sewaktu leongan awam dilakukan.
o    Cadangan: Peruntukan mempamerkan barangan gadaian adalah perlu dijadikan keperleuan mandotori.
4.    Terdapat aduan daripada orang ramai berkenan barangan gadaian yang telah dilelong dan punggutan wang lebihan juga tidak diberikan notis seperti yang diperuntukan oleh Akta Pajak Gadai 1972. Ini merupakan satu penganiyaan terhadap pemajak gadai.
5.    Jika berlaku rompakan, kebakaran atau malapetaka ke atas kedai pajak gadai sehingga menyebabkan barang gadaian hilang atau rosak, pemegang pajak gadai hanya perlu membayar jumlah cagaran yang ditambah 25% lagi kepada pemajak gadai sebagai pampasan. Itu tidak memadai dan tidak adil tetapi inilah yang diperuntukan dalam akta yang sedia ada.


APAKAH PERBEZAAN MEMAJAK EMAS DI PAJAK GADAI DAN BANK?

Memajak di Institusi perbankan ada kebaikanya, jilakau berlaku malapetaka yang tidak diingini iaitu rompakan ataupun kebakaran, nilai barangan kemas tersebut akan dipulangkan oleh pihak bank berbanding dengan kedai pajak gadai hanya bertanggungjawab memulangakan lebihan pinjaman sebanyak 25% sahaja.