Showing posts with label Dinar Public Gold. Show all posts
Showing posts with label Dinar Public Gold. Show all posts

Tuesday, 3 July 2012

PULANGAN MENGUNTUNGKAN MELALUI SIMPANAN EMAS


 Dinar dan jongkong emas Public Gold

EMAS adalah raja kekayaan sebenar. Ia sudah terkenal sejak beribu-ribu tahun dahulu. Emas adalah lambang kekayaan sejak manusia mengenal emas.

Ya memang benar saya adalah agen dealer Public Gold Malaysia. Ramai yang bertanya kepada saya mengenai :
  1. Bagaimana emas menjana pendapatan lumayan?
  2. Bagaimana emas boleh menguntungkan?

Soalan-soalan seperti ini sentiasa bermain-main di bibir mereka yang belum masuk BERNIAGA dalam bidang EMAS.

Kawan-kawan pernah bertanya kepada saya mengenai pengurusan kewangan yang betul. Dan saya menerangkan dengan lebih detil kepada mereka. Ada yang mengikut nasihat dan ada yang buat sambil lewa sahaja. So, ikut diri sendiri la kan.

Apa kaitan emas yang menguntungkan dengan pengurusan kewangan?

Saya nak bagi tahu di sini, adakah anda bergaji RM3000.00, RM4500.00 sebulan atau bergaji RM2000.00 sebulan…? Ya, saya seperti anda semua sebelum mengenal pengurusan kewangan ni.

Saya mengaku seorang yang bijak dalam pengurusan kewangan… Alhamdulillah. Gaji RM2000 sebulan sebenarnya apabila saya urus kewangan dengan betul, saya mendapat pendapatan lebih. PAsti anda pun mahu seperti saya kannnn..

Adakah anda percaya , bil bulanan mencecah rm1500-rm1800 sebulan dan baki di bank pada 30hb setiap bulan tinggal RM20.00. Ini ketika saya belum mengenal pengurusan kewangan yang betul.

Setelah saya mengenal pengurusan kewangan yang betul, Gaji RM2000.00 sebulan masuk bank pada 25hb dan pada 30hb tiap bulan, semua bil saya telah bayar namun duit gaji saya masih bernilai RM2000.00. tidak disentuh 1 sen pun untuk membayar bil dll.

ADAKAH ANDA PERCAYA…??????????????

Ada kawan mengatakan KAD KREDIT menyusahkan dan mengerikan. Dan mereka memang telah ditimpa oeh kesusahan kad kredit atas nafsu sendiri … memang kesihan… tp sendiri tanggung.

Bagi saya, kad kredit adalah salah satu cara menambah wang saya dalam tabungan ASB. Saya dapat keluarkan dari kad kredit kerana pengurusan kewangan yang betul. Tiap bulan saya keluarkan RM700 dan masukan ke dalam ASB…. Pasti anda tidak percaya kan.. tp memang benar dan betul.

Setelah bertahun-tahun dan hingga kini, saya telah dikenalkan pula oleh seorang kawan tentang EMAS… dan setelah saya kaji dan selidik. Saya boleh menjana pendapatan , keuntungan berganda dengan EMAS….

Semua ini berkat dan rahmat Allah swt…

Setelah saya mengkaji dengan dalami berkaitan emas, saya dapati keuntungan ASB yang saya agungkan dulu rupanya hanya 20% daripada keuntungan EMAS.

Let say, dulu saya ada wang rm 100 000.00 dalam ASB, setiap tahun dividen adalah RM-+ rm8000.00. Emas memberi pulangan RM+- 40 000 setahun.

Malah emas boleh mencapai lebih dari itu jika pandai dalam memanipulasi emas.

Semua kata-kata pakar emas adalah benar dan betul. Mustahil mereka akan berkata tanpa pengalaman.

Untuk keterangan lanjut hubungi saya 013-8888621


Sunday, 6 May 2012

Dinar Kelantan & Public Gold, Mana Lebih Baik?

 
 
Saya dapat email dari seorang pembaca berkenan dua artikel saya sebelum ini bertajuk "Dinar Kelantan vs Dinar Public Gold" dan "Dinar Kelantan No. 1, Dinar PG No. 2" yang mungkin boleh mengelirukan. Antara dua jenis dinar tersebut, yang mana lebih baik?

Jawapan ringkas saya;

Kelebihan Dinar Public Gold

Kelebihan #1: Dinar PG lebih baik disebabkan spreadnya rendah iaitu lebih kurang 6% sahaja berbanding Dinar Kelantan yang spreadnya sekitar 10%. Ini bermaksud, keuntungan Dinar PG LEBIH CEPAT berbanding Dinar Kelantan. Jika kenaikan harga emas sebanyak 11%, maksudnya pembeli Dinar PG dah dapat untung sebanyak 5% (11% - 6%) sedangkan pembeli Dinar Kelantan cuma untung 1% (11% - 10%).

Rule ni relevan HANYA JIKA anda menjualnya balik pada PENGELUAR dinar tersebut, bukan pada pembeli di luar i.e. sesiapa individu yang nak beli melalui facebook, kawan-kawan dsb. Kalau jual pada pembeli di luar, rule ini tak terpakai. Jual beli pada pembeli di luar adalah bergantung pada DEMAND.

Kelebihan #2: Dinar PG lebih murah berbanding Dinar Kelantan. Ikut pada pemerhatian saya, harga Dinar PG sekitar 6% atas spot price (harga di graf emas), tetapi Dinar Kelantan sekitar 12% atas spot price. Lagi murah harga emas tu, lagi bagus sebab kita boleh beli kuantiti lebih banyak dengan nilai pelaburan yang sama.

Perbezaan antara "spot price" dengan harga jualan dipanggil "premium". Lagi tinggi premium, lagi tinggi lah harga emas. Lagi tinggi harganya, lagi sikitlah emas yang kita boleh beli. Untuk makluman sahabat, tak ada pengeluar emas yang jual dengan harga spot. Hanya emas 'atas kertas' macam Gold Saving Akaun jer yang jual emas pada harga spot. Sebabnya, emas fizikal ada kos tambahan seperti upah pekerja, proses minting, pengangkutan dsb.

Kelebihan #3: Dinar PG sentiasa ada stok walaupun harga emas jatuh. Kita boleh beli Dinar PG pada bila-bila masa dan di mana sahaja hampir seluruh Malaysia tak kira masa harga rendah ataupun tinggi. Ini disebabkan ia dikilangkan sendiri oleh PG di Penang, dan cawangan serta dealernya terlalu banyak di Malaysia.

Berbanding Dinar Kelantan yang selalu tak ada stok especially masa harga emas jatuh. Ini disebabkan Kelantan Golden Trade (KGT) terpaksa order dari Dubai. Lagi satu, 'dealer' Dinar Kelantan membelinya secara pukal, dan menjualnya bila harga lebih tinggi. Bila harga jatuh, biasanya mereka akan hold stok tu. So, ia rugi untuk pembeli (pelabur).

Kelebihan Dinar Kelantan

Dinar Kelantan lebih baik dari sudut DEMANDnya berbanding Dinar PG. Maksudnya, bila anda nak jual balik, ia lebih cepat dapat pembeli individu berbanding Dinar PG. Bila jual direct pada pembeli individu di luar e.g. menjual melalui facebook atau kawan-kawan, biasanya kita boleh dapat harga yang jauh lebih baik berbanding jual pada pengeluar. Kalau jual pada pengeluar, dia akan ambil kira SPREADnya (harga jual beli mengikut carta yang dikeluarkan), tapi kalau jual pada pembeli persendirian, spread tak diambil kira. Dinar Kelantan sangat famous dikalangan pembeli individu untuk dijadikan hantaran, mas kahwin ataupun koleksi sebab designnya sangat halus, cantik dan ada ukiran kalimah syahadah.

Kesimpulannya; 
  • Kalau tak nak susah-susah cari sendiri buyer bila nak jual balik dinar tu nanti, saya nasihatkan beli Dinar PG sebab ia lebih cepat dapat untung. Harga nak jual balik nanti boleh terus semak di carta yang dikeluarkan oleh pengeluar i.e. Public Gold dan Ar-Rahn Kelantan.
  • Tapi kalau rasa nak CARI PEMBELI SENDIRI untuk dapat lebih untung (melalui facebook atau tanya kawan-kawan) instead of jual pada pengeluar, saya nasihatkan beli Dinar Kelantan. Dua jenis dinar ni semuanya bagus untuk investment.
  • Dinar Kelantan lebih tinggi permintaannya sebab ia dinar paling cantik di Malaysia. Sekali tengok, mesti jatuh hati. Lagi pun, pengeluarnya ialah Kerajaan Negeri Kelantan, bukan syarikat persendirian seperti Public Gold. Dinar Kelantan lebih kepada nilai sentimental, tetapi dinar PG pure atas dasar investment.
Mudah-mudahan jawapan saya di atas sedikit sebanyak membantu pelabur emas. Jika ada apa-apa persoalan, boleh jer email atau call saya terus. InsyaAllah, saya bantu setakat yang boleh.

Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Heights
18 Julai 2011
17 Sya'ban 1432