|
GAMBAR
tidak bertarikh yang disediakan oleh pejabat pencetakan Jerman
menunjukkan wang kertas 50 euro sedia untuk diagihkan di Berlin. |
Ekonomi di Eropah yg diramal akan mengalami
krisis kemerosotan tahun ini aan mendorong pelabur untuk memilih
pelaburan lain seperti emas. Sumber:
Kosmo!Online
"Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin
menguntungkan selain mata wang yen dan emas" - penganalisis Commerzbank,
Ulrich Leuchtmann.
LONDON, Britain - Saham Eropah dan mata wang euro
diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal
Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat
(AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.
Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak
permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus
berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.
"Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap
tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi
tentang kemungkinan pembubaran EU," kata pakar strategi kanan firma BGC
Partners, Howard Wheeldon.
"Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti
daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau
berkenaan dilihat terlalu sukar," tambahnya.
Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah
AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun
2011.
Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding
yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.
Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan
ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.
"Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada
2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami
pengurangan dalam pertumbuhan," kata penganalisis Commerzbank, Ulrich
Leuchtmann.
"Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas," tambahnya. - AFP