Jenis-Jenis Pelaburan di MALAYSIA.... manakah satu pilihan ANDA!!!
Hari ini saya nak bercerita tentang pentingnya pelaburan. Untuk sesi
ini, saya kongsikan maklumat yang saya tahu berdasarkan pengetahuan tak
seberapa saya yang suka ambik tahu pasal pelaburan.
1)
Labur dalam bank – ni pun
kira melabur, paling senang, duit gaji anda guna ada balance biar jer
dalam bank. Ulang setiap bulan. Akan dapat dividen, dividen bergantung
kepada bank tapi dividen dia adalah sangat kurang. Tak lebih 3% jer
roughly. No wonder Bank boleh offer, BLR – 2.xx untuk loan rumah.
Dividen rendah, tak payah simpan kat bank laaa
2)
Labur Dalam Koperasi –
macam2 koperasi ada (polis, tentera, felda, guru, telekom, pos dsb)
problemnya tak semua orang boleh selamba2 masuk, contohnya hanya polis
boleh masuk koperasi polis. Setahu aku koperasi yang bagi return tinggi
ialah koperasi felda dan off course koperasi bank rakyat dgn dividen
15%. Kalau layak jadi ahli untuk koperasi yang ada track record pulangan
dividen above 8%, bolehlah melabur dalam koperasi. Lagi advantage
boleh buat potongan gaji dan koperasi menawarkan pinjaman dengan kadar
interest yang rendah
3)
Simpan Dalam Tabung Haji –
Ni pun bagus, selain boleh dapat 'queue' untuk pegi haji, pulangan
tabung haji adalah konsisten above 6%. What’s more, tidak payah nak
risau pasal zakat kerana Tabung Haji sudah bayarkan zakat. Kira OK juga
ni.
4)
Labur dalam ASB dan produk PNB (ASW, ASN, AS 1Malaysia) –
ASB mempunyai rekod pulangan paling tinggi iaitu lebih 7% setahun, ASW
pun tinggi dan konsisten jugak. ASN dan AS1 Malaysia turut beri
pulangan yang competitf.
Kelebihan ASB dan ASW ni ialah ia boleh dibuat Overdrat (OD). Dengan
kemudah OD ini, aku sangat galakkan (sebab aku sendiri kalau ada duit
lebih aku simpan jer kt ASB) untuk korang melabur dalam ASB sampai
penuh kuota 200k pastu baru simpan dalam ASW pulak
5)
Labur dalam Unit Trust –
Yang ni anda bagi duit kepada syarikat pengurus dana kewanga (mcm
Public Mutual, pru fund mgmt, CIMB wealth advisor), syarikat akan
uruskan dengan berberapa peratus charge (biasanya 5.5%) dari nilai yang
anda serahkan. Katakan anda simpan rm100k, pihak unit trust akan ambik
5.5k dan hanya 94.5k sahaja yang akan dilaburkan.
Kalau ikutkan agen2 unit trust, nak nampak pulangan invest dalam unit
trust kene peram 3 hingga 5 tahun. Obviously simpan 1 tahun for sure
rugi. Actually even after 3-5 year pun belum tentu pulangan dia banyak.
Tengok nasib laa jugak, kalau fund yang anda labur duit anda tu perform
ok la. Rata2 aku tanya rakan sekeliling yang pernah invest unit trust,
rata2 kata tak berbaloi dan merugikan .
Member saya sendiri ada melabur
dalam Public Mutual menggunakan skim EPF. Dia dah invest RM2400 untuk
dua (2) tahun lepas, tapi hari tu dia dpt penyata dalam RM2434, setelah 4
tahun simpan .... mcm rugi je ...
Nak tahu cerita lanjut tentang cth Unit Trust, Public Mutual.
Public Mutual BUKAN SUATU SIMPANAN.
Ia merupakan satu bentuk pelaburan dalam saham amanah. Jika saudari
beli hari ni dan berhasrat mendapatkan balik duit Sdri (samada untung
atau rugi) ia memerlukan "tempoh bertenang" selama 2 minggu. Dengan
lain perkataan, bukan seperti ASB masuk hari ini, sebentar lagi boleh
dikeluarkan kesemuanya, sdri perlu menunggu 2 minggu sebelum mendapat
CEK hasil penjualan saham amanah Public Mutual sdri. Selain drpd itu
ASB adalah suatu produk saham amanah yang digerenti modalnya tak kurang
RM1.00(dollar to dollar). Manakala
Public Mutual pula tidak
menjanjikan apa2, dengan kata lain, ianya akan turun-naik. Yang pasti
sebaik Sdri membeli Public Mutual, Sdri akan kehilangan modal tak
kurang RM0.05 (5 sen) akibat "fee" belian.
Selain drpd "entrance" fee, ada juga fee yg lain yg dikenakan ke atas
para pelabur. Antaranya adalah "maintenance fee", "management fee" dan
"exit fee". Jumlahnya bergantung kepada "fund" yang berkenaan.
Pelaburan saham amanah termasuk Public Mutual banyak berkait kepada
pasaran saham, bergantung kepada jenis bentuk pelaburan sesebuah
"fund", ada juga "fund" yg menfokuskan pasaran saham luar negara.
Pelaburan saham amanah ada risiko. Rata-rata unit saham amanah Public
Mutual memberi pulangan kurang drpd 8%(lapan peratus). Suatu ketika
dulu ramai yg menjerit dan terkedu kerana banyak pelaburan EPF mereka
yg dilaburkan di unit amanah hilang nilai. Mana tidaknya harga belian
RM1.00 ada di antara saham amanah sekarang ini harganya cuma RM0.10 (10
sen).
Satu perkara yg pasti adalah hanya "agen" jualan saham amanah ini yang
UNTUNG. Kenapa tidak, minimum komisen terhadap penjualan saham amanah
adalah
2.5%-4.5%, jika lebih tinggi taraf seseorang itu,
tinggi lagi komisennya. Secara peribadi, saya tidak menggalakkan
pembelian saham amanah atau unit trust.
6)
Simpan dalam bentuk EMAS – Ada 2 PILIHAN:
1) Buka Buku Simpanan Emas mcm Gold Investment Account, Maybank atau Kuwait Finance House dan sebagainya
2) "EMAS FIZIKAL" dalam seperti barang kemas (emas perhiasan), jongkong
emas atau dinar. Contoh yang saya boleh bagi adalah seperti Dinar
Kelantan or Emas keluaran "Public Gold".
Konsep dia ada harga jualan ada harga belian. Beza harga jualan dgn
harga belian sekitar 6%. Katakan harga belian 1 gram rm100, harga
jualan ialah rm106.
Kalau beli hari ni esok jual pun rugi, ko beli kt public gold harga
m106, esok ko jual, public gold akan beli dgn harga rm100. Rugikan?
Macam
kita sedia tahu, emas walaupan ada turun naik tapi in the long run
harga dia likely akan naik. Nak buat profit kene tunggu laa harga naik.
Contoh beli pada
1 JAN 2010, harga jualan rm106
Jual pada public gold
31 DEC 2010, harga belian ialah RM130,
Kira untung RM (130 – 106)/106 % =
24.5%
Tengok harga emas jugak. Disadvantage, xde compound interest. Emas
kekal pada 1 gram dan harap pada kenaikan harga emas itu sendiri
Tapi certain pelaburan emas (mcm public gold) ada beri peluang untuk
jadi dealer yang mana anda boleh dapat komisyen 1.0% (Normal Dealer) /
1.5% (Priority Dealer) / 2% (Master Dealer) dari harga emas yang anda
jual.
Saya sendiri nak melabur emas tahun ni ... kita tengok hasil 2012 nanti :-) ..
7) HARTANAH
– This is what I favour the most!! Robert Kiyosaki, Donald Trump,
Milan Doshi dengan Azizi Ali pun recommend agar melabur atau invest
dalam property atau hartanah. Property ni termasuk rumah kediaman, shop
lot, kilang, resort atau homestay. Dapat keuntungan melalui sewa
bulanan, normally giving the right location, harga rumah akan naik dan
boleh buat untung bila jual rumah tu.
Nak invest dalam property modal kene modal
byk, itu yang paling utama, lokasi pilihan juga perlu tepat. Dalam
memilih lokasi mmg kena trust judgement sendiri, kalau ikut agen jual
rumah or agen rumah lelong, likely semua lokasi bagus. Bagus jugak
tanya judgement orang yang tak ada kepentingan.
Even beli rumah untuk duduk sendiri
merupakan satu investment, harga rumah akan terus naik, kalau lambat
beli, dah waste duit bayar sewa dan bila dh beli, harga makin tinggi
dan lokasi makin jauh
Nak beli property aku suggest simpan sebanyak mungkin dalam ASB, dah cukup baru buat OD, barulah guna duit tu utk beli.
Satu perkara lagi, kalau beli property
untuk orang yang tak berapa kaya mesti berhutang, kalau berhutang tu
mesti dia tengok gaji bulanan kita. Disitu pentingnya active income
yang strong.
Risiko property tetap ada, kene tahu cara nak minimize risiko, rajin2 membaca dan bertanya.
8)
SAHAM – Aku tahu sikit-sikit
pasal saham pasal kompeni ada bagi aku ESOS. Aku nampak ada dua jenis
cara invest dalam saham. Yang pertama, beli saham beberapa lot, pegang,
tiap2 tahun ambik dividen. Dividen ni depend ikut prestasi syarikat,
kadang2 ada company yang bagi 2 tahun sekali. Yang kedua main jual
beli, Konsep dia beli time rendah dan jual pada harga tinggi, memang
kene sentiasa alert dgn sentiment harga nak naik, harga nk turun. Kes
pertama, pulangan ikut prestasi syarikat, kalau ok, oklah. Yang kedua,
lebih kepada engkau dgn knowledge masa harga turun naik, timing and
luck pun penting.
Saham ni high risk high return, kalau takdak ilmu, kalau takder sifu
guide, janganlah cuba. Lagi satu, duit perlu banyak jugak untuk
bermula. Dan bila dh mula kene laa ready untuk loss the money kalau
rugi, tp kerugian tu akan berguna sebagai pengajaran
9)
CPO – Crude palm oil, saya tak tau sangat.
10)
FOREX
– Aku pernah try benda ni...kecundang RM20K :-) ... tapi ade orang
yang boleh berjaya benda ni. Tapi BANK NEGARA tidak pernah approve
FOREX. Semua kegiatan FOREX berlaku diluar negara...untuk kes
saya...saya selalu bank-in duit guna Western Union, CIMB. then TT kat
Hong Kong. Mungkin sebab cara promote forex tu kata bleh untung banyak
(mcm scam jer bunyinyer) dan kisah yang aku dgr ramai gak yang rugi.
Mcm biasa, high risk, high return.
11)
Bisnes – Ada duit cukup try
meniaga, meniaga kain, meniaga burger. contoh burger, modal rm1.50,
bleh jual rm2.50, untung 67% kan? Sini kuantiti jadi sandaran. untung
67% tapi terjual cuma sebijik bege pun tak guna jugak. Rappo baik dgn
pelanggan, burger sedap, bleh jual 1 ratus burger sehari, dh boleh
untung rm100. kalau bisnes 20 hari, tak ker dapat rm2k tu
Bisnes
MLM? Multi Level Marketing atau Meniaga Larut Malam .. well I can say
GO TO HELL !!!!!
12)
Beli Tanah - Beli tanah dan
buat project, kalau beli tanah peram jer, likely akan merugikan.
Project, project ,project - jadikan tanah kediaman ke, perladangan ke,
komersial ker. Pasal buat duit dgn tanah, kene berguru dgn
Sifu Hafizal aka JuruUkur
13)
Invest dalam insuran -
Last but not least, different league sebenarnya, tapi kita still pasal
simpan duit kat sesuatu tempat.For the first 7 year premium bulanan
kita akan terbahagi kepada 2 akaun which is akaun kalau apa2 terjadi
lagi satu akaun simpanan. Likely memang kalau kira pulangan at the end,
memang compounding interest is less than 1% annual (seingat aku la coz
aku pernah mintak seorang agent simulate kat aku). Tapi, bukan itu
matlamat insuran, it’s a protection, kalau ko mati or ko lumpuh,
insuran bayar sedebuk kat ngko. Nak tahu lebih lanjut atau ambil
insuran, kontek la pejabat-pejabat insuran yang terdekat dengan tuan
puan.
Lastly,
jangan masuk SKIM CEPAT KAYA ataupun PENIPUAN (font menyerlah dan bold
maknanya sangat penting). Paling senang nak detect, janji pulangan
lebih 15% dan orang yang promote bagai nak gila punya promote. Skim2
ternakan ker perladangan jenis ambik duit tolong usahakan pun jenis
menipu, kandang takder ladang takder, yang ader duit korang utk dibawak
lari. Kalau nak ternak udang, sendiri beli tanah, sendiri ternak
sendiri jual, kalau nak usahakan sawit, beli tanah, tanam sawit,
sendiri jual sawit tu. Kalaulah company tu boleh bagi 15-20% sebulan,
kenapa tak masuk BSKL, kenapa tak pernah dengar dalam CNN MONEY,
BLOOMBERG etc.. Pendekkan cerita, semua pelaburan hendaklah berdasarkan
kepada FIZIKAL. Contoh, kita beli rumah, kita nak tengok rumah tu
sendiri (bukan tengok dlm kertas, dlm powerpoint dan sebagainya), kita
boleh duduk rumah tu, pegang rumah tu. TAPI kalau penjual menawarkan
rumah, tapi bagi geran tanah atau geran rumah SAHAJA, TANPA melihat
rumah fizikal...*kuang*kuang*kuang... TIPU LAH TU!!!! Begitu juga dengan
benda benda yang lain.... akhir kata dari Paman Daud
Awang...Berhati-hati lah!!!!